Saturday, November 2, 2019

LAWATAN KE TEMPAT TERLETAKNYA POKOK TECOMA !


Projek Sukarelawan ( Pokok Tecoma )


- pokok tahoma di unimas
-diambil pada minggu pertama kuliah




Pokok Tahoma menyerupai Pokok Sakura yang terdapat di Jepun. Pokok Tahoma ini merupakan pokok yang paling cantik di Unimas. Pokok ini berbunga mengikut musim. Saya berasa sangat gembira kerana sempat merasa dan melihat sendiri Pokok Tahoma ini berbunga semasa petama kali kami datang ke Unimas. Gambar ini diambil oleh saya sendiri semasa dalam perjalanan pulang ke kolej selepas menghadiri kuliah yang pertama saya hadiri setelah masuk ke Unimas. Projek Sukarela Pokok Tahoma yang akan dijalankan bukan di kawasan ini tetapi di sekitar kawasan sekitar tempat letak kereta di FSSK. Namun saya selitkan gambar-gambar ini kerana ingin berkongsi keindahan pokok tahoma yang sedang berbunga cantik dengan pembaca semua.

🌺🌺🌺



Projek sukarela ini dicadangkan akan dijalankan pada 20 November 2019 iaitu bertempat di tempat letak kereta FSSK. Antara objektif projek ini dijalankan adalah untuk mencantikkan kawasan persekitaran tempat letak kereta di FSSK. Selain itu, semangat kesukarelawanan dalam kalangan mahasiswa juga dapat dipupuk melalui projek ini. Di dalam projek ini, saya dan beberapa rakan saya ditugaskan untuk menjadi Ajk Kebersihan. Tugas Ajk Kebersihan ini adalah dimana kami perlu memastikan kawasan projek kami sentiasa berada dalam keadaan yang bersih dan cantik. Saya berasa sangat teruja dan tidak sabar untuk melaksanakan projek ini.


- country living magazine -







No comments:

Post a Comment

PERBINCANGAN PROJEK POKOK TECOMA !

Study nature , love nature , stay close to nature. It will never fail you - unknown -pinterest.com Perbincangan mengenai p...