Saturday, November 30, 2019

MEET MY ACADEMIC ADVISOR !



Gambar bersama Penasihat Akademik iaitu En. Awang Mashabi
Pada 28 November 2019, ini kali pertama saya berjumpa dengan penasihat akademik saya iaitu En. Awang Mashabi bin Awang Mohamad. Kami baru berjumpa dengannya pada hari tersebut kerana waktu beliau pada hari itu lapang. Hari-hari yang sebelumnya kami tidak dapat berjumpa kerana beliau sangat sibuk. Pada mulanya saya berasa sangat gementar kerana saya tidak pernah bertemu dengannya dan beliau tiada mengajar program kami untuk semester ini.

Namun setelah mengenali beliau melalui perjumpaan tersebut, beliau merupakan seorang pensyarah yang meminati bola sepak dan telah banyak meyertai larian-larian yang diadakan tidak kira di dalam atau di luar Unimas.

                                                                     ðŸŒ»ðŸŒ»ðŸŒ»

Antara nasihat yang diberikan oleh beliau ialah perlu sentiasa konsisten dalam akademik iaitu dimana perlu mendapat gred yang baik untuk setiap peperiksaan agar tidak menyusahkan kita di kemudian hari. Selain itu, beliau juga memberitahu kami bahawa untuk subjek Mooc, kami perlu rajin membuat latihan iaitu membuat latihan berdasarkan soalan-soalan Mooc yang lepas.

Kemudiannya, beliau juga meberikan kami tips untuk membina keyakinan diri. Antara tips beliau ialah perlu lakukan perubahan yang kecil dahulu. Lakukan sedikit demi sedikit dan tidak perlu tergesa-gesa. Sekiranya kita ingin nampak yakin di depan orang, kita perlu fikirkan tentang diri kita dan tidak perlu sibuk tentang pandangan orang lain kerana itu akan menjejaskan fikiran kita kata beliau lagi. Seterusnya beliau menasihati kami supaya tidak tertekan.

Itu sahaja yang kami perolehi semasa perjumpaan tersebut. Kami akan berjumpa dengan beliau sekali lagi pada 9 Disember 2019.

No comments:

Post a Comment

PERBINCANGAN PROJEK POKOK TECOMA !

Study nature , love nature , stay close to nature. It will never fail you - unknown -pinterest.com Perbincangan mengenai p...