Saturday, November 30, 2019

PROJEK PEMULIHARAAN DAN PEMELIHARAAN POKOK TECOMA


Group 13 PPD1041 Softskills & Volunterism

Pada 20 November 2019, kami dari kumpulan 13 PPD1041 dibawah bimbingan Dr Siti Zanariah telah menjalankan aktiviti kesukarelawanan iaitu aktiviti pemuliharaan pokok Tecoma yang bertempat di tempat letak kereta sekitar Fssk. Pada hari tersebut, kami berkumpul di lobi Fssk tepat pada pukul 7:00 pagi dan aktiviti tersebut selesai sekitar pukul 12:00 tengahari.

Sebelum kami memulakan projek ini, kami telah mendengar taklimat dan juga mempelajari beberapa teknik daripada Encik Jamli iaitu staf daripada Unit Landskap Unimas. Antara teknik yang kami pelajari ialah seperti teknik yang betul semasa menabur baja, teknik mengikis parasit yang terdapat di pokok serta teknik penanaman yang betul. Tunjuk ajar tersebut amatlah berguna kepada kami semua terutama bagi saya kerana sebelum ini saya tidak tahu teknik penanaman dan juga pembajaan yang betul.
                                               
                                                                      🌸🌸🌸

Setelah selesai mendengar taklimat daripada Encik Jamli, kami pun dikehendaki mencabut undi untuk mengetahui tempat pokok masing-masing yang perlu dijaga. Kemudiannya pada pukul 8:30 pagi kami pun bersarapan dan menjamu selera. Antara sarapan yang dihidangkan pada hari tersebut oleh Ajk Makanan ialah sandwich telur dan juga sandwich tuna serta air teh.

tanda nama saya πŸ’•πŸ˜

Setelah selesai menjamu selera, kami pun memulakan agenda kami iaitu memulihara pokok Tecoma. Antara aktiviti yang kami lakukan ialah membuang parasit yang tumbuh di pokok, mencabut rumput yang tumbuh serta membuang sampah yang terdapat di sekitar kawasan pokok. Kemudiannya kami pun menabur tanah di sekitar kawasan pokok masing-masing. Setelah selesai menabur tanah, kemudiannya kami pun menaburkan baja di sekitar pokok Tecoma dan akhir sekali kami telah memacak tanda nama masing-masing di pokok Tecoma tersebut.


menabur baja di pokok Tecoma 😜
Setelah semuanya selesai, kami semua pun berkumpul semula di lobi Fssk. Kemudiannya kami pun makan tengahari. Hidangan tengahari ialah nasi goreng dan ayam goreng. Nasi goreng tersebut dimasak sendiri oleh Dr Siti Zanariah dan rasanya sangat sedap sekali sehingga membuatkan saya rindu masakan ibu saya hihi πŸ˜† . Kemudiannya, kami semua pun bersurai.

saya dan teman sepokok saya haha iaitu Jenny πŸ‘―

kerja dah selesai jadi ambil kesempatan bergambar dulu ehh πŸ™ˆπŸ˜ 

No comments:

Post a Comment

PERBINCANGAN PROJEK POKOK TECOMA !

Study nature , love nature , stay close to nature. It will never fail you - unknown -pinterest.com Perbincangan mengenai p...