Friday, November 8, 2019

BUKU PERTAMA DIPINJAM DI CAIS !


Nama Buku : Sejambak Kenangan
Terbitan : Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pelajaran Malaysia Kuala Lumpur 1981
Penulis Buku : A. Samad Ahmad

🌷Sinopsis Buku ðŸŒ·

Buku yang berjudul Sejambak Kenangan ini merupakan buku pertama yang saya pinjam di Cais.

Buku Sejambak Kenangan ini mengisahkan autobiografi penulisnya sendiri iaitu A.Samad Ahmad. Buku ini merupakan hasil penulisan beliau yang kedua ketika menjadi Penulis Tamu di Dewan Bahasa dan Pustaka semenjak bulan Mei 1977. Hasil penulisan A.Samad Ahmad yang pertama ialah Sulalatus Salatin yang diterbitkan pada tahun 1979.

Melalui autobiografi ini, saya dapat melihat pengalaman pahit dan juga manis seorang tokoh budaya dan sastera serta nasionalis Melayu yang awal. Seterusnya yang lebih penting lagi, di dalam buku ini saya dapat melihat beberapa peristiwa sejarah yang berlaku di tahun-tahun di sekitar sebelum dan sesudah Perang Dunia Kedua. Antara peristiwa ini termasuklah peristiwa penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union.

Melalui buku ini juga, saya dapat mengenali secara rapat beberapa tokoh sastera, bahasa dan nasionalis Melayu peringkat awal seperti Ibrahim Haji Yaacob, Tan Sri Syed Nasir Ismail dan Shamsuddin Salleh.



                                                         


No comments:

Post a Comment

PERBINCANGAN PROJEK POKOK TECOMA !

Study nature , love nature , stay close to nature. It will never fail you - unknown -pinterest.com Perbincangan mengenai p...