Wednesday, November 13, 2019

MY REFLECTION AS A SOCIAL SCIENCES STUDENT !






Waktu pertama kali menjejak kaki ke fakulti ini, saya berasa sangat gembira dan juga bangga kerana dapat menyambung pelajaran saya ke Universiti Malaysia Sarawak ini. Fakulti Sains Sosial ini menawarkan 6 program dibawahnya dan program yang saya ambil ialah program Hubungan Industri dan Perburuhan. 

                                                                   ðŸŒ·ðŸŒ·ðŸŒ·

Program ini memperkenalkan kepada para pelajar mengenai hubungan di antara majikan, pekerja, kesatuan pekerja dan pemerintah berasaskan pendekatan interpersonal dan interorganisasi perhubungan pekerjaan. Melalui program ini, pelajar akan mengikuti kursus-kursus yang menekankan aspek multi-disiplin seperti perundangan buruh, sejarah perburuhan sosiologi industri, demokrasi industri, kajian hubungan industri, ekonomi dan politik, keselamatan dan kesihatan, struktur tenaga pekerja, korporasi transnasional, pengurusan sumber manusia antarabangsa dan hubungan pekerjaan di sektor formal serta tidak formal. Program ini juga akan menyentuh isu kesatuan sekerja, permasalahan dan penyelesaian pertikaian dalam industri.

                                                                   ðŸŒ·ðŸŒ·ðŸŒ· 


Pensyarah-pensyarah yang mengajar kami program ini semuanya peramah, baik dan mereka mengajar kami dengan penuh dedikasi. Di dalam kelas WA12, mahasiswa mahasiswa terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama yang juga terdiri daripada pelbagai latar belakang iaitu ada yang dari Sabah dan ada juga yang dari Semenanjung. Suasana belajar di universiti adalah sangat berbeza dengan suasana semasa belajar di sekolah menengah. Di universiti, pelajar banyak membuat assignment. Pelajar membuat assigment tanpa bimbingan dan perlu mencarinya semua sendiri. Memang ada kalanya akan berasa tertekan dengan keadaan masa yang padat. Saingan juga ramai. Namun begitu, saya berasa sangat bersyukur kerana terpilih menjadi salah seorang pelajar sains sosial di Unimas ini.

                                                                   ðŸŒ·ðŸŒ·ðŸŒ·  

shorturl.at/hqvFN


No comments:

Post a Comment

PERBINCANGAN PROJEK POKOK TECOMA !

Study nature , love nature , stay close to nature. It will never fail you - unknown -pinterest.com Perbincangan mengenai p...