Saturday, November 9, 2019

LIBRARY WEEK !!!

sesi bersama cais

Pada minggu yang ke 9, kelas kami telah bergabung dengan kelas dibawah Dr. Adibah untuk sesi bersama Cais Unimas. Antara penceramah yang memberikan taklimat pada masa itu ialah Pn. Habibah, Pn Khadijah dan juga En. Mohd Hardi.

                                                                     πŸŒΊπŸŒΊπŸŒΊ

Waktu operasi Cais adalah seperti berikut :

Isnin - Jumaat
8:00 pagi - 10:00 malam
Sabtu - Ahad                                                   
10:00 pagi - 10:00 malam
Cais akan ditutup pada cuti umum

Melalui sesi bersama Cais ini, banyak maklumat tentang Cais yang saya perolehi. Antaranya ialah terdapat perkhidmatan ILL Request yang disediakan di Cais Unimas. ILL Request ini adalah untuk mahasiswa mendapatkan buku yang tidak terdapat di Cais secara online. Namun sebelum itu, mahasiswa yang ingin menggunakan perkhidmatan ini perlulah membuat permohonan terlebih dahulu.

Permohonan mestilah menggunakan Borang Permohonan ILL (Interlibrary Loan) yang boleh didapati di laman sesawang CAIS di www.cais.unimas.my atau melalui e-mel.
Pemohon dikehendaki mengisi borang permohonan dengan lengkap dan mengikut jenis bahan seperti yang telah disediakan. Permohonan terbuka kepada semua warga UNIMAS iaitu pelajar, kakitangan akademik dan bukan akademik.

Selain itu, saya juga mengetahui bahawa Cais turut menawarkan perkhidmatan Unimas Ir. Unimas Ir ini mengandungi tesis - tesis dan juga kertas - kertas projek para mahasiswa.

Seterusnya, Cais juga mempunyai akaunnya yang bernama Cais Account. Melalui Cais Account ini kita dapat menyemak sendiri sejarah pinjaman kita dan kita juga dapat renew secara online.

                                                                       πŸŒΊπŸŒΊπŸŒΊ

dalam perjalanan ke Cais

Setelah sesi bersama Cais selama satu jam, kelas kami pun bergerak ke Cais bersama - sama. Saya berasa sangat seronok kerana dapat pergi ke Cais  beramai-ramai dengan rakan yang lain.



Semasa di Cais, kami telah dipesan oleh Dr. Zanariah untuk meminjam satu buku. Setibanya kami di sana, kami pun mencari buku yang kami rasa menarik dan memilihnya untuk dipinjam.


" The best advice i ever got was that knowledge is power and to keep reading " - David Bailey 🌻




No comments:

Post a Comment

PERBINCANGAN PROJEK POKOK TECOMA !

Study nature , love nature , stay close to nature. It will never fail you - unknown -pinterest.com Perbincangan mengenai p...